Sistem rangka manusia
Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut tempatnya.2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:
- Rangka paksi
- Tengkorak
- Turus vertebra
- Sangkar rusuk
- Rangka apendaj
- Lengkungan pektoral
- Lengkungan pelvis
- Tulang-tulang anggota hadapan
- Tulang-tulang anggota Belakang
Rangka paksi
Tengkorak
Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.Bahagian-bahagian tengkorak ialah:
- Kranium
- Berfungsi untuk melindungi otak.
- Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
- Soket mata (atau Orbit)
- Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
- Tulang hidung
- Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
- Lubang telinga
- Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
- Rahang atas (atau Maksila)
- Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
- Rahang bawah (atau Mendibel)
- Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
- Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
- Bukaan pada dasar tengkorak
- Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.
Turus vertebra
Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:
- 7 vertebra serviks - Bahagian leher
- 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
- 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
- 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
- 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang
- Sentrum
- Bersifat Pejal dan tegar
- Memberi sokongan
- Menentang daya mampatan
- Arka
- Merupakan lengkuk saraf
- Terletak pada bahagian dorsal sentrum
- Melindungi saraf tunjang
- Salur saraf
- Merupakan salur rongga kosong
- Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
- Zigapofisis
- Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
- Prazigapofisis mengarah ke atas.
- Postzigapofisis mengarah ke bawah.
- Cuaran spina
- Berfungsi untuk melekatkan otot
- Cuaran melintang
- Berfungsi untuk melekatkan otot
Sangkar rusuk
Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:
- 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
- 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
- 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
- 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.
Rangka apendaj
Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.Lengkungan pektoral
Terdiri daripada 2 tulang iaitu:- Tulang klavikel
- Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
- Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
- Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
- Tulang skapula
- Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
- Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
- Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.
Lengkungan pelvis
Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:- Ilium yang bersendi dengan sakrum.
- Iskium (atau tulang pelana)
- Pubis (atau tulang ari-ari)
0 komentar:
Posting Komentar